Monday, March 28, 2016

Simple Sunnah

simple sunnah


Simple Sunnah#1

1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat-sahabat.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak-anak)

Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yang jauh-jauh.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Thursday, December 17, 2015

Qada' Dan Qadar



Ustaz Auni - pencerahan mengenai persoalan Qada' dan Qadar.

Wednesday, December 16, 2015

Hukum Menghitamkan Uban



Hukum Menghitamkan Uban

Di dalam Mahzab Syafie, hukum menghitamkan uban adalah HARAM, kecuali untuk pergi berperang.
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan rambut dan janggutnya yang putih beruban. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam.” (HR. Muslim).  

Ulama besar Syafi’iyah, An Nawawi membawakan hadits di atas, di dalam Bab “Dianjurkannya menwarna uban dengan shofroh (warna kuning), hamroh (warna merah) dan diharamkan menggunakan warna hitam”. Ketika menjelaskan hadits di atas An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Menurut madzhab kami (Syafi’iyah), mewarna uban berlaku bagi lelaki mau pun perempuan iaitu dengan shofroh (warna kuning) atau hamroh (warna merah) dan diharamkan mewarna uban dengan warna hitam menurut pendapat yang terkuat. Ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya hanyalah makruh (makruh tanzih). Namun pendapat yang menyatakan haram lebih tepat berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “hindarilah warna hitam”. Inilah pendapat dalam madzhab kami.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium bau Syurga.” ( HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

Wallahu a’lam.

Friday, November 27, 2015

KEWAJIPAN MEMBAYAR FIDYAH



APAKAH FIDYAH ?

► Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh.
Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.
► Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan Syarak.
► Firman Allah S.W.T. bermaksud: “…Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
► Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
► Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya :-
- Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.
- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.
- Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.
- Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.
- Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.
- Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
- Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.
- Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.
- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.
- Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.


KADAR BAYARAN FIDYAH

► Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
► Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan
Kiraan Fidyah :
► Puan Fatimah telah meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1435H (2014), namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1436H ( 2015) , maka wajib bagi Puan Fatimah membayar fidyah di samping mengqadha puasanya yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah fidyah dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:
- Jumlah qadha puasa adalah kekal sebanyak 5 hari
- 1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak atau 688 gram.
- 5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3,438 gram iaitu sebanyak 3 kg 438g).
- Sekiranya kadar fitrah pada 1436H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah RM1.625
- Oleh yang demikian, kadar fidyah bagi 5 hari yang ditinggalkan adalah sebanyak RM 1.625 x 5 = RM 8.125
Nota : Bagi yang masih berkesempatan dan sihat adalah lebih baik menggantikan puasa terlebih dahulu kerana masih ada masa menjelang Ramadhan akan datang. 

Tuesday, September 22, 2015

Cerita Tentang Botol



Mutiara kata
Botol... ....

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1.....
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8.......
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200.........
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000...........
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yang suka.....

Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...
Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Sunday, September 13, 2015

♡Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah♡



...وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
"...Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" [Surah al-Furqan 29]
#Berkata al-Hafiz Ibn Kathir:
"Sesungguhnya dosa-dosa, maksiat, dan syahwat akan mengecewakan ahlinya ketika nazak, bersama dengan pengecewaan syaitan baginya, lalu berkumpul baginya dua pengecewaan bersama dengsn kelemahan iman, lalu jatuhlah dia dalam suul khatimah (kematian yg buruk)"

#Ketahuilah bahawa suul khatimah tidak terjadi kepada orang yang baik zahir dan batinnya dengan Allah, benar pada perkataan-perkataan dan perbuatannya.

#Sebaliknya suul khatimah terjadi pada orang yang rosak batinnya pada iktikad dan zahirnya pada amalan, orang yang berani melakukan dosa-dosa besar dan jenayah, maka ada kalanya dia melakukan yang demikian lalu didatangi maut sebelum bertaubat

#Sebab utama mati dalam suul khatimah ialah:
1. Kerosakan iktikad
2. Mengejar dunia dan bergantung dengan dunia
3. Tidak istiqamah dan berpaling daripada kebaikan dan hidayah
4. Berterusan dalam maksiat dan terbiasa dengannya serta menyukainya

#Kita sebagai orang yang berakal dan beriman, sepatutnya berwaspada daripada menggantungkan hati dengan sesuatu perkara yg diharamkan. Biasakan lidah dan jari jemari serta anggota berzikir mengingati Allah. Jangan waktu dihabiskan dengan sia-sia atau dengan melakukan maksiat dibimbangi mati dalam kecelakaan tanpa sempat kembali ke pangkal jalan.
♡Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami pada penutupnya, sebaik-baik umur kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah hari pertemuan denganMu..Aamiiin♡

Ust naim

Saturday, September 12, 2015

Seni Bercinta Islami