Wednesday, April 17, 2024

Nota ringkas: Tadabbur Surah Al Anbiyak dalam Bicara Online

 



*Surah ini mengisahkan tentang nabi-nabi Allah SWT. 112 ayat, surah Makkiyah.dinamakan Anbiyak kerana menceritakan kisah beberapa orang nabi. Juga penentangan yang diterima oleh Nabi SAW.

*Permulaan surah ini mengingatkan manusia tentang hari hisab.

*Dari perutusan Nabi SAW sampai hari kiamat semakin terbukti dari hari ke hari bahawa kiamat akan berlaku. Walaupun Dajjal belum muncul.

*Antara tanda hari kiamat adalah hilangnya keberkatan waktu. Setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu, seminggu bagai sehari. Ingatan pada Ramadhan yang lalu masih segar, kita melalui Ramadhan sekali lagi.

*Manusia akan menjadi musuh kepada benda yang dia tidak tahu.

*Kenapa Al quran dipilih oleh Allah menjadi 1 wasilah, instrumen dan perantara di antara langit dan bumi?

1. Kerana kekuatan yang bahasa Quran mampu huraikan benda yang kita tak mampu huraikan dalam bahasa Melayu. Ketepatan bahasa Arab. Tidak berubah bahasa ini. Allah menguasai semua bahasa. Nabi Adam AS sendiri mampu menguasai beberapa bahasa. Kalau anak kita, kita bawa ke London, dia mampu bercakap bahasa Inggeris macam orang British. Kalau ke Jordan, dia boleh bercakap Arab macam orang Arab. Bahasa telah di installkan oleh Allah dalam cip/otak manusia. Ini pendapat Muhammad Abduh. Di pilih bahasa Arab kerana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah orang Arab.

*Perkataan ٱقْتَرَبَ, Allah bawa perkataan ini menggambarkan kepada kita bahawa ianya sebuah objek yang akan datang pada kita. Tak boleh lari. Manusia tetap akan lalai.

*Perutusan nabi-nabi Allah ini membawa kebenaran, walau manusia tidak suka. Manusia ini suka. Hidup ini mereka main sahaja.

 يَلْعَبُونَ


*Manusia ini waktu kecil suka bermain, bila dan besar sikit suka main game. Bertambah usia suka berhias. Nak menggambarkan status sosialnya lebih dari orang lain. Bagi menggelakkan manusia ni lalai, Allah mengutus nabi-nabi mengingatkan manusia agar tidak lalai. Murakabah. Menambah nilai ibadah di samping kuantitinya.

*La'ibun dan lahun. Kita takut benda ini juga terpacak dalam diri kita orang Muslim.

*Di Malaysia, kadar perceraian bukan lagi di sukat setiap tahun, tapi setiap jam malah lebih malang lagi setiap minit. Banyaknya perceraian berlaku walau baru berkahwin kerana pengetahuan terhadap agama tidak ditekankan. Yang ditekankan adalah benda yang ada dalam media sosial. Di Malaysia ni kadar penggunaan media sosial yang tinggi.

*Kalau tanya anak kecil semua tahu media sosial. Insta, Tiktok. Sampaikan semua menganggap segala permasalahan berlaku mampu diselesaikan melalui media sosial.

*Banyak keadaan boleh melalaikan bukan memberi kekuatan apda kita.

*Sikap orang Kafir, bila mereka tak mahu menerima kebenaran, mereka akan kata:

أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۭ

Majaz ayat ini, apa benda tak difahami mereka akan kata, أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۭ

*Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

*فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ

Tanya kepada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu. Kalau seseorang itu tidak tahu bukan kerana dalam Islam ianya tidak ada, ianya kerena orang itu yang tidak tahu.

*Prinsip asas dalam Islam yang menjadi kekuatan yang dicemburui agama lain ialah kita ada rujukan iaitu Al Quran.

*Kalau kita ada kawan yang bukan Islam kita hadiahkan dia Al quran. Orang masuk Islam pada hari ini sebab dia mengkaji. Sebab itu mereka yang masuk Islam ini mempunyai pengetahuan yang solid berbanding kita yang memang lahir dalam Islam. Mereka ada solid ground untuk mereka memegang Islam itu sendiri.

*Ramadhan datang pada kita untuk kita mendalami Al Quran. Said  Badiuzzaman An Nursi, orang Islam ibarat orang sakit. Jumpa Dr, Dr prescribes ubat. Dia tak makan, cuma lihat ubat di kampit ubat tersebut. Ruginya.

*Khaulah bertanya tentang hukum zihar pada Nabi SAW. Hukumnya ada di sisi Allah tapi belum diturunkan pada Nabi SAW. Lalu turunlah surah Al Muajadalah membicarakan hukum zihar itu.

*Dalam Quran menyebut tentang Maryam lebih banyak dari Maryam di sebut dalam Bible. Wanita seperti Maryam dan Asiah dipanggil bathul. Wanita yang soleh tapi tidak sampai ke tahap kenabian.

*Al Quran sifatnya mengajak orang menggunakan akal, mengkaji, mentaddabur, berfikir dan sebagainya.

*Ada tak kita bincangkan dengan anak-anak tentang sifat Allah. Kita berhak bertanya perbezaan Tuhan pada setiap agama. Bayangkan tuhan orang Kafir mengikut keadaan bangsa mereka. Ini apa yang pernah diutarakan oleh Muhammad Ali. Tuhan mereka orang putih, bukan macam mereka berkulit gelap.

*Ada yang mempersoalkan umat Islam menyembah Kaabah. Kita tak sembah Kaabah. Kaabah dari dulu tak pernah jadi tempat sembahan. Mereka sembah patung di Kaabah itu. Allah menjaga tempat penyatuan seluruh umat yakni Kaabah.

*Ramai masuk Islam kerana mengkaji bahasa Arab. Usahalah memahami bahasa Arab agar lebih faham Quran. Faham bahasa Arab ketika membaca Al Quran ibarat wahyu itu turun pada dia walau hakikatnya Al Quran tak turun pada dia.

*Dan Saidina Umar.R.A pernah berkata, Nabi SAW pernah bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah memuliakan sesuatu kaum dengan kitab ini (Al Qur’an) dan menghina yang lain dengan kitab ini.” (Hadis Riwayat Muslim no. 817)

Jadi, kita yang mana satu. Dalam hadis Mauquf, siapa yang diberikan pengetahuan Al Quran, memahami Al Quran dan mengajar Al Quran, jadi ustazlah, jadi orang alim. Lalu dia menyangkakan orang lain dapat sesuatu yang lebih baik daripadanya, dia ukur dari bab dunia, si fulan tu ada kereta besar, pangkat besar, wang banyak motosikal ratus ribu harga, rumahnya, kehidupannya lavish. Owh orang itu lebih baik daripadanya, maka sebenarnya dia sedang menghina sesuatu yang telah di agungkan oleh Allah SWT.

*Ramadhan datang pada kita membawa 3 perkara:
1. Puasa sungguh-sungguh
2. Qiyam sungguh-sungguh
3. Baca Quran bersungguh-sungguh

Perkongsian AF Ustaz
Zahazan
14 Ramadhan 1445H

0 comments:

Post a Comment