Nota ringkas: Petua menjadi Suami terbaik, panduan tangani konflik rumahtangga cara Nabi ﷺ.
Rujukan buku: Eksiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad SAW.
Sirah Nabi SAW sebagai kompas umat. Kompas kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Iaitu dalam kehidupan kita pada hari ini, amat malang sekali bila kita lihat masyarakat, terpandu, terbimbing melihat mungkin pada pemain bola sepak, pada artis, mungkin kepada orang tertentu yang tidak akan menjamin kehidupan mereka di akhirat. Di dunia pun tidak, dekat akhirat apatah lagi iaitu apabila mereka menjadikan orang sedemikian sebagai contoh.
Lebih malang lagi kalau ahli agama pun mengambil contoh daripada mereka yang tersilap ini. Apa yang orang tu boleh bagi pada kita, tuan-tuan yang dimuliakan Allah sekalian?
Kalau dalam majalah tertentu tu, antarabangsa, kita baca Reader's Digest sebagai contoh meletakkan tokoh-tokoh tertentu sebagai ikutan tak mengapalah sebab mereka tu pun bukan orang Islam. Tapi, kita ni umat Islam amat malanglah kalau kita menjadikan orang sedemikian sebagai contoh kita.
Jadi, AF Ustaz mahu mengajak kita merenungi 1 hakikat penting dalam hidup. Kehidupan ni memanglah sentiasa tak stabil.
Bak kata penyair, tidak semua benda yang kita kehendaki tu akan berlaku. Kadang-kadang, nagin bertiup pada arah yang kapal tidak suka.
Kapal dulu pakai kapal layar. Kapal layar ni perlu pada angin untuk bergerak ke sana ke mari. Kadang nak bergerak ke utara, maka angin bertiup ke selatan. Begitulah kehidupan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Orang Melayu punya peribahasa.
Maka, kita nak belajar dalam kehidupan Nabi SAW. Kita nak baca sirah kehidupan Nabi SAW dari buku yang bertajuk Ensiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad SAW. Mengajak kita memahami kehiduoan berpandukan kepada Rasulullah SAW. Itulah contoh yang terbaik.
Sambungan dari bicara sebelum ini. Bagaimana Rasulullah SAW pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan selepas di datangi oleh Jibril buat kali pertama dan telah memeluk Nabi SAW.
Selanjutnya Khadijah telah membawa Nabi SAW bertemu sepupunya bernama Waraqah Bin Naufal bin Asad Bin Abi Uzza. Beliau merupakan penganut agama Nasrani semasa zaman Jahiliyah. Beliau boleh menulis dalam bahasa Ibrani dan telah menulis begitu banyak kitab Injil dalam bahasa Ibrani.
Penulisan satu anugerah. Mencapai ilmu yang tinggi merupaka 1 anugerah/kelebihan.
Tahu tak tuan-tuan, kenapa dinamakan Hermes? Beg tangan yang mahal tu. Itu sebenarnya daripada nama Nabi Idris A.S. Hermes ini adalah 1 jenama yang kita tahu berasal dari nama Nabi Idris A.S. Dan ia merupakan simbol kepada kebijaksanaan kerana Nabi Idris ialah manusia pertama yang menulis. Dan Nabi Idris berada di Afrika pada masa itu. Kalau kita lihat di daerah tersebut pengasasan penulisan dengan kertas papirus oleh masyarakat Mesir Kuno itu berasaskan kepada pengajaran oleh Nabi Idris A.S, manusia pertama menulis. Jadi, bila sebut Hermes ni tadi, merupakan jenama beg tangan yang mahal, tali pinggang, kasut apa benda ni ni, sebenarnya ia merujuk kepada Nabi Idris A.S. Sebutan dalam sanskrit lama iaitu merujuk kepada Nabi Idris A.S sebagai simbol kebijaksanaan kerana Baginda A.S merupakan insan pertama yang di ajar oleh Allah untuk menulis dan Baginda A.S menulis pada kertas papirus ketika berada di negara Mesir itu. Nabi Idris jauhlah beribu tahun sebelum adanya negara Mesir lagi.
Jadi, nak ceritakan kelebihan Waraqah Bin Naufal sebagai sepupu Nabi SAW ini. Beliau merupakan seorang insan yang bijak, yang terpelajar, talented, mutsaqqaf. Namun begitu, beliau telah menjadi buta kerana usianya kian meningkat
Khadijah R.Anha berkata kepadanya, dengarlah daripada saudaramu ini. Kemudian beliau telah berkata, wahai saudaraku apakah yang telah kamu lihat? Setelah itu Nabi SAW memberitahu kejadian tersebut kepadanya.
Nabi SAW menceritakan kepada Waraqah ini pengalamannya dipeluk dan disuruh membaca oleh malaikat Jibril itu yang Nabi SAW tidak kenal.
Kita sedang membicarakan rumahtangga Rasulullah SAW, bagaimana peribadi yang unggul, yang ada pada isteri Nabi SAW bernama Khadijah R.Anha ini.
Ketika Nabi SAW berada dalam keadaan seperti itu maka beliau membawa Rasulullah SAW bertemu dengan manusia terpelajar seperti Waraqah Bin Naufal.
Kita dapat pengajaran dekat sini, tak kira lelaki, tak kira perempuan, suami isteri yang hadir pada pagi ini bersama-sama, ambillah pedoman daripada kehidupan Nabi SAW. Jangan kita ambil pedoman daripada insan lain yang kita pun tak tahu boleh beri apa-apa pada kita. Dunianya tak boleh bagi apa-apa, akhirat apatah lagi.
Kita ikut katalah seorang influencer yang ada di dunialah, followersnya ratus-ratus juta. Dia bagi tak pada kita followers dia pada kita sebanyak 1 juta? Usah sejuta, seorang pun dia tak bagi. Ini dekat dunia, akhirat apa yang dia boleh bagi untuk kita kan? Alangkah ruginya hidup kita menyibuk-yibukkan diri kita untuk mengenali insan-insan yang tak memberikan apa-apa manfaat untuk kita. Entah ye entah tidak apa yang dia tonjolkan dalam kehidupannya.
Jadi, kita nak belajar daripada Nabi SAW ketika Baginda SAW berada dalam ketakutan itu, maka, Khadijah R.Anha telah membawa Baginda SAW bertemu dengan sepupunya yang merupakan insan terpelajar pada masa itu yang beenama Waraqah Bin Naufal.
Tengok sejak dari dulu lagi, seperti yang diceritakan tadi Hermes, iaitu kedudukan Nabi Idris, betapa orang berilmu ini dimuliakan Allah.
Dalam ayat-ayat terakhir surah Yusuf, Allah menyebutkan:
اِنَّهٗ مَنْ يَّتَّقِ وَيَصْبِرْ فَاِنَّ اللّٰهَ لَا يُضِيْعُ اَجْرَ الْمُحْسِنِيْنَ ٩٠
Ertinya: Siapa yang bertakwa dan bersabar, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang muhsin.” Surah Yusuf ayat 90.
Allah tak akan sia-siakan kerja orang yang berbuat ihsan. Jadi, salah 1 tafsir kepada ayat يَصْبِرْ, sabar atas kesusahanlah. Maka, sabar atas kesusahan tu wahai anak-anak, adalah menuntut ilmu.
Rugi kalau kita duduk di universiti tapi kita tak belajar. Duduk dekat negara Arab, tak belajar daripada orang Arab.
Nasihat AF Ustaz kepada anak-anak, baik di Morrocco, baik dekat Jordan dekat mana negara Arab ni kalau pergi. Janganlah belajar dengan orang Melayu. Pergilah mujahadah sikit, belajar dengan Tok Guru Arab. Baru betul. Jadi, kita dapat 2, sekurang-kurangnya 2. Dapat ilmu dan dapat bahasa. Kalau belajar dengan Tok Guru Melayu kita dapat 1 je. Dapat ilmunya. Bahasa tak dapat. Penggunaan bahasa ni penting untuk kita belajar orang yang bertutur dengan bahasa tersebut. Kalau belajar dengan orang Melayu, rugi kita.
Jadi, kena berusaha untuk tuntut ilmu. Kita belajar bahasa Arab ni kita boleh baca banyak benda. Ia ibarat kunci tau, kita boleh buka kitab Usul Fiqih kita boleh baca, kitab hadis kita boleh baca, kitab tafsir boleh baca, kita lughah, boleh baca kita tasawwuf Imam Al Ghazali. Ini keutamaan kalau kita menuntut ilmu bersungguh-sungguh.
Jadi, balik kepada cerita Waraqah bin Naufal ni tadi merupakan insan terpelajar. Jadi, galakan untuk belajar ni telah pun turun sejak ayat yang pertama turun kepada Nabi kita SAW, iaitu galakkan iqra'.
Jadi, ibu muda, bapa muda, yang baru berkahwin, yang lama berkahwin, rumahtangga kita dapat diselamatkan dari konflik bila kita menjadikan asas iman di ikuti dengan ilmu. Mesti iman ni disuburkan, hadir solat berjemaah, baca Quran, bertahajud, bersedekah jangan ditinggalkan, tambah dengan ilmu. Ilmu itu ibarat baja. Kan Allah telah umpamakan, perumpamaan kita melihat perutusan Nabi SAW ni ibarat tanah yang dicurahkan dengan air. Maknanya, ilmu tu airlah Dicurah pada tanah supaya tak kering. Kehidupan kita paksi utama selepas iman adalah ilmu. Ingat segala benda dalam kehidupan perlu ilmu.
Apa yang nak disampaikan di sini, bahawa iman dalam kita meniti bahtera perkahwinan hendaklah diikuti dengan ilmu.
Esok bawa isteri kita, anak-anak kita pergi ke masjid. Kalau kita cenderung pada ustaz tu pergi belajar dengan dia. Dan banyakkan ustaz. Jangan dengan seorang sahaja. Supaya kita dapat melihat paradigma ilmu dengan cara yang lebih luas. Mengelakkan kita mewarisi sifat taksub, sifat extreme dan juga fanatik. Ada orang sorang je guru dia, tak mahu dengar daripada orang lain. Ini satu kesilapan, satu kerugian kerana seseorang itu tak boleh menguasai semua ilmu dengan baik sepenuhnya. Allah beri dia kemampuan pada dia mungkin 1 sudut ilmu sahaja. Ilmu lain kena pergi jumpa dengan orang lain.
Kita sedang belajar bagaimana panduan kehidupan rumahtangga Nabi SAW, bagaimana menghadapi tsunami rumahtangga, isu-isu, krisis yang berlaku dalam rumahtangga.
Kita kembali kepada bagaimana Waraqah telah memberi respon kepada Nabi SAW tentang perkara yang berlaku merupakan 1 perutusan Allah untukmu wahai Muhammad SAW. Yang mendatangimu itu adalah Jibril. Kalaulah waktu itu aku masih hidup, Ketika kau di keluarkan oleh kaummu kelak, Nabi SAW tergamam dan bertanya adakah aku akan di halau? Ya, jawab Waraqah. Semua orang yang mendapat perutusan Allah akan mendapat penentangan dari kaumnya, akukah orang yang akan mempertahankanmu. Ini kata-kata siapa? Waraqah. Nabi SAW pun terkejut mendengar penjelasan itu. Tak lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia. Nabi SAW mengatakan Waraqah adalah ahli syurga sebab dia beriman dengan Allah, solid tanpa sembahan kepada yang lain. Dia beriman dengan agama hanif.
Itu sebab dalam Islam kalau seorang itu beekahwin dalam hadis yang sahih menngajar kepada kita untuk mendoakan isterinya. Seperti yang difatwakan jangan lebih-lebih sangatlah, kalau bak kucup isteri tu selepas ijab kabul sedikit tak mengapalah, tak payahlah nak buat cara orang bukan Islam. Berlebih-lebihan. Digalakkan pada suami ni, pertamanya, letakkan tangan di ubun-ubun isterinya, niat dan berdoa dengan doa:
Doa beli kenderaan baru, doa kepada isteri dan doa dapat pembantu rumah.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه.
Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikannya yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya. Hadis Riwayat Abu Dawud, No. 2160, Hasan
Penting kepada sebuah rumahtangga di dasari dengan iman dan ilmu. Lalu kena beramal.
Peranan Khadijah. Khadijah bawa Nabi SAW membawa berjumpa orang yang bijak dan terhormat.
Waraqah nampaknya insan yang pertama beriman kepada Nabi SAW.
Nabi SAW memuliakan Khadijah walau selepas Khadijah wafat. Nabi SAW setiap kali melakukan ibadah korban pasti akan ada sahaja bahagian yang dihantar ke keluarga Khadijah.
Aisyah pernah bertanya, bukankah Allah telah menggantikan kepadamu seorang isteri yang lebih baik dari Khadijah kepadamu. Nabi SAW menjawab, tak pernah Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Bererti kedudukan Khadijah ni. Beliau beriman denganku ketika orang lain tidak kufur kepadaku, dia membenarkanku di waktu orang lain mendustakanku, dengannya aku kurniakan anak-anak dan dia memberikan kepadaku harta tanpa berkira-kira.
Elakkan menceritakan kehebatan keluarga kita kepada isteri kita. Ini pendapat orang bijak. Buat perkaitan orang yang penting dalam hidup kita dengan keluarga kita. Lebih malang lagi membandingkan dengan ipar kita. Ini rahsia kebahagiaan rumahtangga.
Kalau dia sendiri bertanya, boleh ceritakan tapi jangan berlebihan.
Kesetiaan makhluk betina lebih dari makhluk jantan. Sebab tu kalau nak bela anjing bela anjing betina.
Kanun kemanusiaan, jangan sibuk dalam perkara khilafiyah.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan.