(Rujukan buku Keindahan Islam)
Sebelum itu, AF Ustaz Zahazan mengingatkan kita dan mengajak semua agar berpuasa 6 hari di bulan Syawwal. Sekiranya ada jemputan open house dan jika rasa perlu berbuka, berbukalah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri
Juga AF Ustaz membawa sebuah kisah tentang Saidina Umar. Saidina Umar bila terasa beliau menyakiti hati Nabi SAW beliau akan melafazkan
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا
Ertinya: Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam agamaku, dan Nabi Muhammad SAW adalah Nabiku”.
Di antara keutamaannya adalah orang yang membiasakan baca zikir ini akan mendapatkan redha Tuhan di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:
مامن عبد مُسلم يَقُول حِين يصبح ثَلَاثًا وَحين يُمْسِي رضيت بِاللَّه ربّاً وبالإِسلام دينا وَبِمُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم نَبيا إِلَّا كَانَ حَقًا على الله أَن يرضيه يَوْم الْقِيَامَة
Ertinya: “Seorang Muslim yang istiqamah bacaan zikir setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali yang berupa
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا
itu pasti akan mendapat keredhaan Allah sampai hari kiamat nanti.” (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)
Dari Abu Sa'id Al-khudri R.A bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca:
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا maka, wajib baginya syurga." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan An Nasa'i.)
Menutup aib-aib sahabat:
Jika ada saudara Islam yang dilihat melakukan dosa, kita wajib menutup aib itu dan tidak menyebarkannya.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Ramai orang pada hari ni, sampaikan benda yang dia tak pasti. Benda kemungkaran, fahisya.
Maka kita kena bangkit menyebarkan kebaikan. Satu kalimah mampu mengubah ummah.
Kualiti pada Saidina Umar ibarat satu ummah. Kekuatan yang ada pada diri beliau iaitu tak bercerita aib dan hal orang.
Setiap orang ada hak privacy di rumahnya, dia tak boleh di intip kesalahan dan dosanya.
Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Hujurat ayat 12:
يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan aib orang lain dan janganlah kamu mengumpat (ghibah) sebahagian yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh kerana itu, jauhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat: Ayat 12)
Sesiapa yang cari kesalahan orang lain, Allah akan tunjukkan keaibannya. Sesiapa yang sebarkan aib orang, Allah akan buka aibnya walau dari ditengah rumahnya. Macam ada anak yang umbar, cerita kisah aib keluarga/ibu bapa pada guru-guru di rumah. Mungkin kerana mak ayah suka sebarkan aib orang.
Daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya
Kisah para solihin, muttaqin dan ulama'. Imam Ahmad Mahdi Bin Rustum Al Isbahani, beliau imam yang kaya. Satu hari beliau balik ke rumah waktu malam, ada wanita muda menunggu di rumahnya. Beliau tanya apa kau buat di sini. Pergilah pulang, waktu ni tak sesuai. Nanti temui aku di masjid ketika kuliah. Boleh bawa fitnah. Wanita tu berkata, dia berhajat, ada hajat sangat besar. Selepas saya cerita saya balik. Saya di aniayai dari sudut seksual dan saya mengandung. Saya cakap pada orang lain tuan gurulah suami saya. Lalu wanita itu terus pulang. Terfikir-terfikir Imam Ahmad, termanggu-manggu sendirian. Beliau beristikharah. Allah beri ilham padanya. Selepas itu ramai orang bertanya padanya. Tuan guru kahwin tak beritahu pun dah ada anak. Dia berkata, saya telah berpisah dengannya. Beliau tak sebut kahwin dengannya, beliau jawab berpisah. Berpisah boleh bawa 2 maksud di sini, Imam Ahmad bertemu dengannya malam tadi, lalu berpisah atau berpisah(bercerai). Imam Ahmad tidak menipu. Terhentilah cerita di situ. Orang bijak ni tak sibuk dengan cerita remeh temeh. Walimah tak digalakkan buat besar-besar. Buat sederhana. Tak boleh sembunyikan sangat, tak boleh war-warkan kalau poligami sebab nak berbangga.
Selepas itu Imam Ahmad pesan pada anak muridnya yang paling rapat, beliau cerita yang beliau tak berkahwin dengannya. Setiap bulan Imam Ahmad meminta anak murid yang paling dipercayai dan hantar wang pada wanita itu 2 dinar. 2 dinar bersamaan RM2000. Beliau berkata aku percaya pada ceritanya bahawa dia di aniayai. Berlalulah tempoh 24 bulan. Sampai berita padanya anak itu sudah mati. Malam itu perempuan itu muncul lagi di rumahnya. Dia berterima kasih kerana selama ini telah menutup aibnya dan beritahu yang dirinya suami kepadanya. Imam Ahmad menafikan. Beliau cuma sebut telah berpisah. Tak sebut berkahwin. Wanita itu bawa sebungkus barang dan beri padanya. Dia pulangkan balik kerana rasa dia telah menganiayai Imam Ahmad. Jawab Imam, aku ikhlas memberikan padamu semasa anak kau masih hidup. Begitulah aku redha untuk memberi padamu. Dosa yang paling besar adalah bercerita hal orang yang kita tak kenal pada dia, tak ada kaitan dengan kita. Ini dosa yang paling besar menurut Imam Ghazali. Bacalah kisah orang soleh agar subur ketaqwaan dan keimanan dalam diri kita.
Bagaimana kita? Beriman tak kita dengan Allah? Memang kita tak mampu buat macam Imam Ahmad ini, tapi sekurang-kurangnya jaga aib orang, jangan sebarkan. Siapa sebarkan aib orang, nanti Allah sebarkan aib yang dia lakukan walau di tengah rumahnya.
Aib orang kena tutup, aib diri sendiri pun kena tutup, jangan cerita kat orang aib(dosa) kita. Jangan sebut pada orang, sebut je dosa apa, semua saya pernah buat. Jangan cerita aib keluarga pada orang.
Kisah Saidina Umar yang di tunggu oleh seorang jemaah setelah selesai solat Subuh berjemaah. Jemaah ni menceritakan semalam, rumahnya di datangi tetamu, di waktu pagi dia dapati lelaki itu bersama anak perempuannya tanpa pakaian. Lalu Saidina Umar marah, jangan cerita aib keluarga kau pada orang. Nanti siapa yang akan kahwin dengannya selepas tahu dia berzina. Jangan buka aib sendiri. Allah tak ampunkan dosa mereka yang membuka aibnya sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.
"Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (Hadis Riwayat Bukhori : 5608).
Para sahabat ada yang bertanya kepada Nabi SAW tentang pasangan mereka. Mereka tak mengumpat, tapi minta fatwa. Dah cerita balik setakat tu sahaja. Janhan cerita sampai tak sudah.
Kalau orang tu buat dosa melibatkan umum, tipu skim.cepat kaya, tipu pakej umrah. Ini boleh kita beritahu pada orang. Kita kena beritahu elak orang di aniayai.
Di zaman Nabi SAW, ada para Muslimah yang menceritakan mereka telah di pinang oleh lelaki tertentu, Nabi SAW memberikan pandangan, jangan terima, dia seorang pemalas, dia lelaki yang zalim. Kalau tak kerja nak bagi makan apa? Maka harus cerita ketika ini.
Boleh bercerita bab aib orang bila:
1. Meminta fatwa, seorang isteri cerita pada mufti/qadhi bagi meminta fatwa/pandangan samada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan.
2. Bila ada orang yang penipu/ambil harta orang
3. Bab syahadah (persaksian di mahkamah) kena cerita, jangan cakap buka aib orang
Ada sahabat seorang yang hafaz Al Quran, lalu dia kembali ke tempatnya. Dia salah faham terhadap ayat Quran.Dia berubah dan minum arak. Semua bercerita tentangnya. Saidina Umar dengar. Lalu Saidina Umar utus surat buatnya. Saidina Umar tulis Surah Al Ghafir dan sampaikan pada sahabat itu di Syria. Melalui orang tengah, surat itu sampai pada sahabat itu. Terkejut sahabat tersebut menerima surat dari Amirul Mukminin. Dalam surat itu, terkandung " Wahai teman, ketahuilah kita akan kembali pada Allah, bacalah ayat ini. Allah Maha Penyayang tetapi Allah juga tegas pada hukumannya, kembalilah kepada Allah. Menangis sahabat itu sehingga basah janggutnya, lalu berubah kembali. Sahabat itu dapati rasa keikhlasan tulisan Saidina Umar. Lalu, ada orang bercerita tentang dosa sahabat ini sebelum berubah, Saidina Umar suruh berhenti. Sudahlah dia sudah berubah, kenapa nak cerita lagi aib dia itu.
Begitulah sifat yang patut ada pada seorang Muslim. Tidak bercerita aib orang dan tidak pula menceritakan aib dirinya sendiri.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan
15 Syawwal 1444H
0 comments:
Post a Comment