Ketetapan hidup kita hanya dalam pengetahuan Allah. Tak ada manusia tahu di mana tempat pembaringannya di bumi, darat atau lautan.
Bila ajal seorang itu sampai, dia akan ada keperluan untuk pergi ke tempat kematiannya. Sebab itu kita dapati, ada seseorang seumur hidupnya tak pernah naik kapal terbang, tapi bila naik kapal terbang mati dia dalam kapal terbang.
Sebuah kisah dari Imam Al Ghazali. Kisah seorang lelaki yang kaya, harta banyak, siapakan rumah cantik-cantik, dengan pengawal dan menyiapkan tembok rumahnya agar tidak di tembusi. Dia kata pada isterinya, abang dah siapkan rumah ni, duduk elok-elok, tak ada siapa boleh tembusi. Dia pergi kerja dan balik ke rumah. Semasa di rumahnya, lipan ada di dalam rumahnya, dia cuba membunuhnya lalu terkena racunnya dan mati kerana itu. Kematian yang kita lari darinya akan datang kepada kita. Walau kita duduk dalam tembok yang paling kukuh.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan dalam Kuliah Tafsir Surah Luqman rujukan Tafsir Ibn Katsir
Amalkan doa di bawah ini, In shaa Allah, segala keberkatan akan mengalir dalam hidup kita dan jika kita menjalankan perniagaan, in shaa Allah perniagaan kita akan bertahan beratus tahun dan dapat di warisi anak cucu kita.
Amalkan dalam Tahajud, solat Dhuha dan solat Hajat.
اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيْكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ، وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا
Ertinya: Ya Allah, berikanlah kami rasa takut kepadaMu yang boleh menjadi penghalang di antara kami dan maksiat kepadaMu, dan (berikanlah kami) ketaatan kepadaMu yang boleh menyampaikan kami kepada syurgaMu, dan (berikanlah kami) keyakinan yang memudahkan kami untuk menghadapi musibah dunia, Ya Allah, berilah kami manfaat pada pendengaran kami, penglihatan kami dan kekuatan kami selagi kami hidup, dan jadikanlah ia kekal dengan kami dan terpelihara sehinggalah kami mati, dan Kau berikanlah balasan ke atas orang yang menzalimi kami, dan bantulah kami ke atas orang yang memusuhi kami, dan janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar kerisauan (matlamat) kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami.
(HR. At-Tirmizi)