Thursday, August 1, 2024

Doa menghilangkan stress & kesedihan

 


Doa menghilangkan stress dan kesedihan. Perkongsian AF Ustaz Zahazan.


اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي 


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, dan anak pada hamba lelakiMu , anak pada hamba PerempuanMu dan ubun-ubunku dalam gengamanMu dan berlaku keatas (diri)ku hukumMu dan adil padaku ketentuanMu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milikMu, (samada) yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau yang engkau turunkan dia didalam kitabmu atau yang engkau simpan tersembunyi di dalam ghaib disisiMu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". 


RasululLah ﷺ menjelaskan, 

Tidak seorang hamba pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaan dan digantikanNya(kesedihan itu) dengan kegembiraan.

Tuesday, June 11, 2024

Panduan tangani konflik rumahtangga

 


Nota ringkas: Petua menjadi Suami terbaik, panduan tangani konflik rumahtangga cara Nabi ﷺ.
Rujukan buku: Eksiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad SAW.

Sirah Nabi SAW sebagai kompas umat. Kompas kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Iaitu dalam kehidupan kita pada hari ini, amat malang sekali bila kita lihat masyarakat, terpandu, terbimbing melihat mungkin pada pemain bola sepak, pada artis, mungkin kepada orang tertentu yang tidak akan menjamin kehidupan mereka di akhirat. Di dunia pun tidak, dekat akhirat apatah lagi iaitu apabila mereka menjadikan orang sedemikian sebagai contoh.

Lebih malang lagi kalau ahli agama pun mengambil contoh daripada mereka yang tersilap ini. Apa yang orang tu boleh bagi pada kita, tuan-tuan yang dimuliakan Allah sekalian?

Kalau dalam majalah tertentu tu, antarabangsa, kita baca Reader's Digest sebagai contoh meletakkan tokoh-tokoh tertentu sebagai ikutan tak mengapalah sebab mereka tu pun bukan orang Islam. Tapi, kita ni umat Islam amat malanglah kalau kita menjadikan orang sedemikian sebagai contoh kita.

Jadi, AF Ustaz mahu mengajak kita merenungi 1 hakikat penting dalam hidup. Kehidupan ni memanglah sentiasa tak stabil.


Bak kata penyair, tidak semua benda yang kita kehendaki tu akan berlaku. Kadang-kadang, nagin bertiup pada arah yang kapal tidak suka.

Kapal dulu pakai kapal layar. Kapal layar ni perlu pada angin untuk bergerak ke sana ke mari. Kadang nak bergerak ke utara, maka angin bertiup ke selatan. Begitulah kehidupan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Orang Melayu punya peribahasa.

Maka, kita nak belajar dalam kehidupan Nabi SAW. Kita nak baca sirah kehidupan Nabi SAW dari buku yang bertajuk Ensiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad SAW. Mengajak kita memahami kehiduoan berpandukan kepada Rasulullah SAW. Itulah contoh yang terbaik.

Sambungan dari bicara sebelum ini. Bagaimana Rasulullah SAW pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan selepas di datangi oleh Jibril buat kali pertama dan telah memeluk Nabi SAW.

Selanjutnya Khadijah telah membawa Nabi SAW bertemu sepupunya bernama Waraqah Bin Naufal bin Asad Bin Abi Uzza. Beliau merupakan penganut agama Nasrani semasa zaman Jahiliyah. Beliau boleh menulis dalam bahasa Ibrani dan telah menulis begitu banyak kitab Injil dalam bahasa Ibrani. 

Penulisan satu anugerah. Mencapai ilmu yang tinggi merupaka 1 anugerah/kelebihan.

Tahu tak tuan-tuan, kenapa dinamakan Hermes? Beg tangan yang mahal tu. Itu sebenarnya daripada nama Nabi Idris A.S. Hermes ini adalah 1 jenama yang kita tahu berasal dari nama Nabi Idris A.S. Dan ia merupakan simbol kepada kebijaksanaan kerana Nabi Idris ialah manusia pertama yang menulis. Dan Nabi Idris berada di Afrika pada masa itu. Kalau kita lihat di daerah tersebut pengasasan penulisan dengan kertas papirus oleh masyarakat Mesir Kuno itu berasaskan kepada pengajaran oleh Nabi Idris A.S, manusia pertama menulis. Jadi, bila sebut Hermes ni tadi, merupakan jenama beg tangan yang mahal, tali pinggang, kasut apa benda ni ni, sebenarnya ia merujuk kepada Nabi Idris A.S. Sebutan dalam sanskrit lama iaitu merujuk kepada Nabi Idris A.S sebagai simbol  kebijaksanaan kerana Baginda A.S merupakan insan pertama yang di ajar oleh Allah untuk menulis dan Baginda A.S menulis pada kertas papirus ketika berada di negara Mesir itu. Nabi Idris jauhlah beribu tahun sebelum adanya negara Mesir lagi.

Jadi, nak ceritakan kelebihan Waraqah Bin Naufal sebagai sepupu Nabi SAW ini. Beliau merupakan seorang insan yang bijak, yang terpelajar, talented, mutsaqqaf. Namun begitu, beliau telah menjadi buta kerana usianya kian meningkat


Khadijah R.Anha berkata kepadanya, dengarlah daripada saudaramu ini. Kemudian beliau telah berkata, wahai saudaraku apakah yang telah kamu lihat? Setelah itu Nabi SAW memberitahu kejadian tersebut kepadanya.

Nabi SAW menceritakan kepada Waraqah ini pengalamannya dipeluk dan disuruh membaca oleh malaikat Jibril itu yang Nabi SAW tidak kenal.

Kita sedang membicarakan rumahtangga Rasulullah SAW, bagaimana peribadi yang unggul, yang ada pada isteri Nabi SAW bernama Khadijah R.Anha ini.

Ketika Nabi SAW berada dalam keadaan seperti itu maka beliau membawa Rasulullah SAW bertemu dengan manusia terpelajar seperti Waraqah Bin Naufal.

Kita dapat pengajaran dekat sini, tak kira lelaki, tak kira perempuan, suami isteri yang hadir pada pagi ini bersama-sama, ambillah pedoman daripada kehidupan Nabi SAW. Jangan kita ambil pedoman daripada insan lain yang kita pun tak tahu boleh beri apa-apa pada kita. Dunianya tak boleh bagi apa-apa, akhirat apatah lagi.

Kita ikut katalah seorang influencer yang ada di dunialah, followersnya ratus-ratus juta. Dia bagi tak pada kita followers dia pada kita sebanyak 1 juta? Usah sejuta, seorang pun dia tak bagi. Ini dekat dunia, akhirat apa yang dia boleh bagi untuk kita kan? Alangkah ruginya hidup kita menyibuk-yibukkan diri kita untuk mengenali insan-insan yang tak memberikan apa-apa manfaat untuk kita. Entah ye entah tidak apa yang dia tonjolkan dalam kehidupannya.

Jadi, kita nak belajar daripada Nabi SAW ketika Baginda SAW berada dalam ketakutan itu, maka, Khadijah R.Anha telah membawa Baginda SAW bertemu dengan sepupunya yang merupakan insan terpelajar pada masa itu yang beenama Waraqah Bin Naufal.


Tengok sejak dari dulu lagi, seperti yang diceritakan tadi Hermes, iaitu kedudukan Nabi Idris, betapa orang berilmu ini dimuliakan Allah.

Dalam ayat-ayat terakhir surah Yusuf, Allah menyebutkan:


اِنَّهٗ مَنْ يَّتَّقِ وَيَصْبِرْ فَاِنَّ اللّٰهَ لَا يُضِيْعُ اَجْرَ الْمُحْسِنِيْنَ ٩٠

Ertinya: Siapa yang bertakwa dan bersabar, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang muhsin.” Surah Yusuf ayat 90.

Allah tak akan sia-siakan kerja orang yang berbuat ihsan. Jadi, salah 1 tafsir kepada ayat يَصْبِرْ, sabar atas kesusahanlah. Maka, sabar atas kesusahan tu wahai anak-anak, adalah menuntut ilmu.

Rugi kalau kita duduk di universiti tapi kita tak belajar. Duduk dekat negara Arab,  tak belajar daripada orang Arab.

Nasihat AF Ustaz kepada anak-anak, baik di Morrocco, baik dekat Jordan dekat mana negara Arab ni kalau pergi. Janganlah belajar dengan orang Melayu. Pergilah mujahadah sikit, belajar dengan Tok Guru Arab. Baru betul. Jadi, kita dapat 2, sekurang-kurangnya 2. Dapat ilmu dan dapat bahasa. Kalau belajar dengan Tok Guru Melayu kita dapat 1 je. Dapat ilmunya. Bahasa tak dapat. Penggunaan bahasa ni penting untuk kita belajar orang yang bertutur dengan bahasa tersebut. Kalau belajar dengan orang Melayu, rugi kita.


Jadi, kena berusaha untuk tuntut ilmu. Kita belajar bahasa Arab ni kita boleh baca banyak benda. Ia ibarat kunci tau, kita boleh buka kitab Usul Fiqih kita boleh baca, kitab hadis kita boleh baca, kitab tafsir boleh baca, kita lughah, boleh baca kita tasawwuf Imam Al Ghazali. Ini keutamaan kalau kita menuntut ilmu bersungguh-sungguh.

Jadi, balik kepada cerita Waraqah bin Naufal ni tadi merupakan insan terpelajar. Jadi, galakan untuk belajar ni telah pun turun sejak ayat yang pertama turun kepada Nabi kita SAW, iaitu galakkan iqra'.

Jadi, ibu muda, bapa muda, yang baru berkahwin, yang lama berkahwin, rumahtangga kita dapat diselamatkan dari konflik bila kita menjadikan asas iman di ikuti dengan ilmu. Mesti iman ni disuburkan, hadir solat berjemaah, baca Quran, bertahajud,  bersedekah jangan ditinggalkan, tambah dengan ilmu. Ilmu itu ibarat baja. Kan Allah telah umpamakan, perumpamaan kita melihat perutusan Nabi SAW ni ibarat tanah yang dicurahkan dengan air. Maknanya, ilmu tu airlah  Dicurah pada tanah supaya tak kering. Kehidupan kita paksi utama selepas iman adalah ilmu. Ingat segala benda dalam kehidupan perlu ilmu.

Apa yang nak disampaikan di sini, bahawa iman dalam kita meniti bahtera perkahwinan hendaklah diikuti dengan ilmu.

Esok bawa isteri kita, anak-anak kita pergi ke masjid. Kalau kita cenderung pada ustaz tu pergi belajar dengan dia. Dan banyakkan ustaz.  Jangan dengan seorang sahaja. Supaya kita dapat melihat paradigma ilmu dengan cara yang lebih luas. Mengelakkan kita mewarisi sifat taksub, sifat extreme dan juga fanatik. Ada orang sorang je guru dia, tak mahu dengar daripada orang lain. Ini satu kesilapan, satu kerugian kerana seseorang itu tak boleh menguasai semua ilmu dengan baik sepenuhnya. Allah beri dia kemampuan pada dia mungkin 1 sudut ilmu sahaja. Ilmu lain kena pergi jumpa dengan orang lain.

Kita sedang belajar bagaimana panduan kehidupan rumahtangga Nabi SAW, bagaimana menghadapi tsunami rumahtangga, isu-isu, krisis yang berlaku dalam rumahtangga.

Kita kembali kepada bagaimana Waraqah telah memberi respon kepada Nabi SAW tentang perkara yang berlaku merupakan 1 perutusan Allah untukmu wahai Muhammad SAW. Yang mendatangimu itu adalah Jibril. Kalaulah waktu itu aku masih hidup, Ketika kau di keluarkan oleh kaummu kelak, Nabi SAW tergamam dan bertanya adakah aku akan di halau? Ya, jawab Waraqah. Semua orang yang mendapat perutusan Allah akan mendapat penentangan dari kaumnya, akukah orang yang akan mempertahankanmu. Ini kata-kata siapa? Waraqah. Nabi SAW pun terkejut mendengar penjelasan itu. Tak lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia. Nabi SAW mengatakan Waraqah adalah ahli syurga sebab dia beriman dengan Allah, solid tanpa sembahan kepada yang lain. Dia beriman dengan agama hanif.


Itu sebab dalam Islam kalau seorang itu beekahwin dalam hadis yang sahih menngajar kepada kita untuk mendoakan isterinya. Seperti yang difatwakan jangan lebih-lebih sangatlah, kalau bak kucup isteri tu selepas ijab kabul sedikit tak mengapalah, tak payahlah nak buat cara orang bukan Islam. Berlebih-lebihan. Digalakkan pada suami ni, pertamanya, letakkan tangan di ubun-ubun isterinya, niat dan berdoa dengan doa:


Doa beli kenderaan baru, doa kepada isteri dan doa dapat pembantu rumah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه.


Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikannya yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya. Hadis Riwayat Abu Dawud, No. 2160,  Hasan

Penting kepada sebuah rumahtangga di dasari dengan iman dan ilmu. Lalu kena beramal.

Peranan Khadijah. Khadijah bawa Nabi SAW membawa  berjumpa orang yang bijak dan terhormat.

Waraqah nampaknya insan yang pertama beriman kepada Nabi SAW.

Nabi SAW memuliakan Khadijah walau selepas Khadijah wafat. Nabi SAW setiap kali melakukan ibadah korban pasti akan ada sahaja bahagian yang dihantar ke keluarga Khadijah.


Aisyah pernah bertanya, bukankah Allah telah menggantikan kepadamu seorang isteri yang lebih baik dari Khadijah kepadamu. Nabi SAW menjawab, tak pernah Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Bererti kedudukan Khadijah ni. Beliau beriman denganku ketika orang lain tidak kufur kepadaku, dia membenarkanku di waktu orang lain mendustakanku, dengannya aku kurniakan anak-anak dan dia memberikan kepadaku harta tanpa berkira-kira.

Elakkan menceritakan kehebatan keluarga kita kepada isteri kita. Ini pendapat orang bijak. Buat perkaitan orang yang penting dalam hidup kita dengan keluarga kita. Lebih malang lagi membandingkan dengan ipar kita. Ini rahsia kebahagiaan rumahtangga.

Kalau dia sendiri bertanya, boleh ceritakan tapi jangan berlebihan.

Kesetiaan makhluk betina lebih dari makhluk jantan. Sebab tu kalau nak bela anjing bela anjing betina.

Kanun kemanusiaan, jangan sibuk dalam perkara khilafiyah.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan.




Wednesday, May 1, 2024

Selamat Hari Perkerja 1hb Mei

 


1HB MEI, S𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧!


وَقُلِ اعْمَلُوْا فَسَيَرَى اللّٰهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ وَسَتُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَۚ

Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

- Surah At Taubah ayat 105

Sunday, April 28, 2024

Iman berpedoman Sirah Nabi SAW


 

Nota ringkas kuliah Inisiatif kelangsungan iman berpedoman sirah Nabi ﷺ rujukan Ensikopedia Kisah Kekasihku Muhammad SAW muka surat 20. Membawa barang Khadijah.

Kelangsungan iman dengan mengikut sirah Nabi SAW. Kadang kita ambil salah orang sebagai kompas dalam kehidupan. Pentingnya ambil Nabi SAW sebagai contoh sebab Baginda SAW adalah kompas terbaik.

Nabi SAW ambil peluang jaga kambing, belajar berniaga. Seronok kalau kita dapat lihat anak dapat tolong ayah mereka di pasar pagi. Ini kualiti yang perlu anak-anak belajar dalam hidup. Libatkan anak-anak dalam perkara ini. Anak akan tahu rezeki yang datang ni kerja sahaja. Bukan duduk goyang kaki. Bangunkan dalam diri anak agar mereka tahu.

Pada usia 25 tahun, Nabi SAW telah pergi ke Syams membawa barang dagangan Khadijah.

Seorang lelaki Muslim melihat ramai India menjual gas di kawasan majoriti Muslim. Dia pun ada modal beli lori, buka kedai gas, dapat sambutan yang bagus, luar biasa. Kelemahannya dia ambil anak dan anak saudaranya bekerja tapi jadi kuli batak. Tak di bayar gaji. Dia kata nak beri makan, duduk dengan dia. Akhirnya anak saudara dan anak dia semua lari. Memikirkan bayaran tak setimpal, angkat gas lama-lama boleh kena slip disc. Akhirnya perniagaan ni jatuh. Dia yang kena angkat gas, naik motor ke sana ke mari. Akhirnya perniagaan ni jatuh. Jangan nafikan anak punya peranan. Dia jatuh sakit, orang tengok tak konsisten. Orang mula membeli balik pada orang India. Berniaga ni tak perlu pandai sangat, tapi kena tadbir manusia, pandai tadbir asset. Kita belajar dalam surah Yusuf, kualiti peniaga, kena tahu urus manusia dan kena tahu urus kewangan.

Nak buat business tak perlu belajar tinggi. Kecuali nak jadi professor. Hanya perlu tahu tadbir urus manusia dan kewangan. Sifat kesinambungan dalam kehidupan melalui perniagaan. Kata Saidina Umar, kalau kita tak kuasai perniagaan kita akan hilang 30% dari kepimpinan.

Macam ada negeri yang pandai berniaga, tapi banyak sampah. Kenapa tak nampak peluang nak melakukan pembersihan. Sediakan 1 lori mana tahu nanti jadi 1000 lori. Bersihkan negeri kita, pantai. Kerana perniagaan ini kesinambungan hidup dan memberi nilai dalam kehidupan orang lain.

Ajar anak berniaga agar dia belajar berdikari dan menambah nilai dalam diri orang lain.

Kita rugi kalau tak ambil peluang dekat sini.

Even kalau anak jadi doktor, kalau kerja kerajaan nanti keluar buka klinik sendiri.

Perniagaan ini ada kelangsungan iman sebab orang berniaga orang yang yakin dengan Allah.

Perniagaan ini kena berusaha dari bawah.

Tak boleh nak terus kaya. Boleh pendekkan masa dengan strategi dan sebagainya. Bukan terus-terus kaya.

Kalau dapat offer kerja, ambil dulu. Bukan fikir pasal gaji sahaja. Saya nak gaji RM3k. Kita nak belajar, win-win situation. Bila kita bekerja dengan orang kita belajar. Kerja belajar dulu, ambil pengakaman dan belajar. Bukan terus nak jadi banyak. Jangan kerja lompat-lompat. Kena tegur anak-anak kita. Lompat sana lompat sini. Sampai bila dia nak belajar.

Kalau nak buat business, grow modal. Tak perlu invite shareholder, nanti takut lama bergaduh. Ikut Nabi SAW, slow and steadily. Ikut bapa saudara Nabi SAW, kerja dengan Khadijah. Nabi SAW lepas menjadi nabi, Nabi SAW tak berniaga lagi. Nabi SAW seorang yang kaya raya, menurut kajian seorang pakar dari Dubai, Nabi SAW super bilionair. Ketika wafat Nabi SAW meninggalkan harta sebanyak 380 juta.

Belajarlah dari Nabi SAW kelangsungan iman, kita kena belajar berniaga. Tak terlambat membetulkan minda.

Tengok anak kita keluar universiti tak ada duit, kita bagi modal. Suruh dia berniaga. Kita pun duit banyak nak buat apa. Bagi anak modal, biar dia explore nak buat business awal. Tapi kena sabarlah. Mula-mula memang tak pakai kereta buruk. Ikut kesesuaian. Lama-lama dah maju, pakailah Bentley ke Rolls Royce ke. Ini tak, kita bagi duit dia beli kereta. Lebih malang lagi duit tak cukup dia pergi meminjam pula.

Jadi, anak-anak, walau belajar doktor, farmasi atau engineer. Kena ada minda business macam Nabi SAW.

Kena terjun tak boleh tunggu minat. Ini kisah Nabi SAW kita baca, untuk kita belajarlah.

Mesti ada usaha dedahkan anak-anak untuk belajar. Contoh anak minat jadi doktor pakar. Kenalkan anak, greet mereka supaya mereka acknowledge. Mana tahu nanti keluar tak dapat di Malaysia, boleh kerja di lusr negara. Sebab rajin hantar salutation, baca kajian Dr tu. Mana tahu dia panggil jadi RA. Ini prospek kehidupan yang kita kena outlinekan pada anak-anak.

Jangan silap kompas dalam kehidupan, jadikan Nabi SAW sebagai kompas dalam kehidupan. Kelangsungan iman melalui kelangsungan dalam perniagaan. Perniagaan menjadikan kita mulia sebab tidak bergantung pada orang.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan
6 Syawwal 1445H
15 April 2024

Wednesday, April 17, 2024

Nota ringkas: Tadabbur Surah Al Anbiyak dalam Bicara Online

 



*Surah ini mengisahkan tentang nabi-nabi Allah SWT. 112 ayat, surah Makkiyah.dinamakan Anbiyak kerana menceritakan kisah beberapa orang nabi. Juga penentangan yang diterima oleh Nabi SAW.

*Permulaan surah ini mengingatkan manusia tentang hari hisab.

*Dari perutusan Nabi SAW sampai hari kiamat semakin terbukti dari hari ke hari bahawa kiamat akan berlaku. Walaupun Dajjal belum muncul.

*Antara tanda hari kiamat adalah hilangnya keberkatan waktu. Setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu, seminggu bagai sehari. Ingatan pada Ramadhan yang lalu masih segar, kita melalui Ramadhan sekali lagi.

*Manusia akan menjadi musuh kepada benda yang dia tidak tahu.

*Kenapa Al quran dipilih oleh Allah menjadi 1 wasilah, instrumen dan perantara di antara langit dan bumi?

1. Kerana kekuatan yang bahasa Quran mampu huraikan benda yang kita tak mampu huraikan dalam bahasa Melayu. Ketepatan bahasa Arab. Tidak berubah bahasa ini. Allah menguasai semua bahasa. Nabi Adam AS sendiri mampu menguasai beberapa bahasa. Kalau anak kita, kita bawa ke London, dia mampu bercakap bahasa Inggeris macam orang British. Kalau ke Jordan, dia boleh bercakap Arab macam orang Arab. Bahasa telah di installkan oleh Allah dalam cip/otak manusia. Ini pendapat Muhammad Abduh. Di pilih bahasa Arab kerana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah orang Arab.

*Perkataan ٱقْتَرَبَ, Allah bawa perkataan ini menggambarkan kepada kita bahawa ianya sebuah objek yang akan datang pada kita. Tak boleh lari. Manusia tetap akan lalai.

*Perutusan nabi-nabi Allah ini membawa kebenaran, walau manusia tidak suka. Manusia ini suka. Hidup ini mereka main sahaja.

 يَلْعَبُونَ


*Manusia ini waktu kecil suka bermain, bila dan besar sikit suka main game. Bertambah usia suka berhias. Nak menggambarkan status sosialnya lebih dari orang lain. Bagi menggelakkan manusia ni lalai, Allah mengutus nabi-nabi mengingatkan manusia agar tidak lalai. Murakabah. Menambah nilai ibadah di samping kuantitinya.

*La'ibun dan lahun. Kita takut benda ini juga terpacak dalam diri kita orang Muslim.

*Di Malaysia, kadar perceraian bukan lagi di sukat setiap tahun, tapi setiap jam malah lebih malang lagi setiap minit. Banyaknya perceraian berlaku walau baru berkahwin kerana pengetahuan terhadap agama tidak ditekankan. Yang ditekankan adalah benda yang ada dalam media sosial. Di Malaysia ni kadar penggunaan media sosial yang tinggi.

*Kalau tanya anak kecil semua tahu media sosial. Insta, Tiktok. Sampaikan semua menganggap segala permasalahan berlaku mampu diselesaikan melalui media sosial.

*Banyak keadaan boleh melalaikan bukan memberi kekuatan apda kita.

*Sikap orang Kafir, bila mereka tak mahu menerima kebenaran, mereka akan kata:

أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۭ

Majaz ayat ini, apa benda tak difahami mereka akan kata, أَضْغَـٰثُ أَحْلَـٰمٍۭ

*Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

*فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ

Tanya kepada orang yang tahu kalau kamu tidak tahu. Kalau seseorang itu tidak tahu bukan kerana dalam Islam ianya tidak ada, ianya kerena orang itu yang tidak tahu.

*Prinsip asas dalam Islam yang menjadi kekuatan yang dicemburui agama lain ialah kita ada rujukan iaitu Al Quran.

*Kalau kita ada kawan yang bukan Islam kita hadiahkan dia Al quran. Orang masuk Islam pada hari ini sebab dia mengkaji. Sebab itu mereka yang masuk Islam ini mempunyai pengetahuan yang solid berbanding kita yang memang lahir dalam Islam. Mereka ada solid ground untuk mereka memegang Islam itu sendiri.

*Ramadhan datang pada kita untuk kita mendalami Al Quran. Said  Badiuzzaman An Nursi, orang Islam ibarat orang sakit. Jumpa Dr, Dr prescribes ubat. Dia tak makan, cuma lihat ubat di kampit ubat tersebut. Ruginya.

*Khaulah bertanya tentang hukum zihar pada Nabi SAW. Hukumnya ada di sisi Allah tapi belum diturunkan pada Nabi SAW. Lalu turunlah surah Al Muajadalah membicarakan hukum zihar itu.

*Dalam Quran menyebut tentang Maryam lebih banyak dari Maryam di sebut dalam Bible. Wanita seperti Maryam dan Asiah dipanggil bathul. Wanita yang soleh tapi tidak sampai ke tahap kenabian.

*Al Quran sifatnya mengajak orang menggunakan akal, mengkaji, mentaddabur, berfikir dan sebagainya.

*Ada tak kita bincangkan dengan anak-anak tentang sifat Allah. Kita berhak bertanya perbezaan Tuhan pada setiap agama. Bayangkan tuhan orang Kafir mengikut keadaan bangsa mereka. Ini apa yang pernah diutarakan oleh Muhammad Ali. Tuhan mereka orang putih, bukan macam mereka berkulit gelap.

*Ada yang mempersoalkan umat Islam menyembah Kaabah. Kita tak sembah Kaabah. Kaabah dari dulu tak pernah jadi tempat sembahan. Mereka sembah patung di Kaabah itu. Allah menjaga tempat penyatuan seluruh umat yakni Kaabah.

*Ramai masuk Islam kerana mengkaji bahasa Arab. Usahalah memahami bahasa Arab agar lebih faham Quran. Faham bahasa Arab ketika membaca Al Quran ibarat wahyu itu turun pada dia walau hakikatnya Al Quran tak turun pada dia.

*Dan Saidina Umar.R.A pernah berkata, Nabi SAW pernah bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah memuliakan sesuatu kaum dengan kitab ini (Al Qur’an) dan menghina yang lain dengan kitab ini.” (Hadis Riwayat Muslim no. 817)

Jadi, kita yang mana satu. Dalam hadis Mauquf, siapa yang diberikan pengetahuan Al Quran, memahami Al Quran dan mengajar Al Quran, jadi ustazlah, jadi orang alim. Lalu dia menyangkakan orang lain dapat sesuatu yang lebih baik daripadanya, dia ukur dari bab dunia, si fulan tu ada kereta besar, pangkat besar, wang banyak motosikal ratus ribu harga, rumahnya, kehidupannya lavish. Owh orang itu lebih baik daripadanya, maka sebenarnya dia sedang menghina sesuatu yang telah di agungkan oleh Allah SWT.

*Ramadhan datang pada kita membawa 3 perkara:
1. Puasa sungguh-sungguh
2. Qiyam sungguh-sungguh
3. Baca Quran bersungguh-sungguh

Perkongsian AF Ustaz
Zahazan
14 Ramadhan 1445H

Friday, March 22, 2024

Makna ayat Al-Quran surah Al-Baraqah (ayat 131 hingga ayat 135)


 

Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat 131)


إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ
[١٣١]

 

English translation
( 131 )   When his Lord said to him, "Submit", he said "I have submitted [in Islam] to the Lord of the worlds."
 

Malay translation
( 131 )   (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".



Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat 132)


وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبْرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
[١٣٢]

 

English translation
( 132 )   And Abraham instructed his sons [to do the same] and [so did] Jacob, [saying], "O my sons, indeed Allah has chosen for you this religion, so do not die except while you are Muslims."
 

Malay translation
( 132 )   Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".



Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat 133)


أَمْ كُنتُمْ شُهَدَآءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ ٱلْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنۢ بَعْدِى قَالُوا۟ نَعْبُدُ إِلَـٰهَكَ وَإِلَـٰهَ ءَابَآئِكَ إِبْرَٰهِـۧمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ إِلَـٰهًۭا وَٰحِدًۭا وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ
[١٣٣]

 

English translation
( 133 )   Or were you witnesses when death approached Jacob, when he said to his sons, "What will you worship after me?" They said, "We will worship your God and the God of your fathers, Abraham and Ishmael and Isaac - one God. And we are Muslims [in submission] to Him."
 

Malay translation
( 133 )   (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".



Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat 134)


تِلْكَ أُمَّةٌۭ قَدْ خَلَتْ ۖ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ ۖ وَلَا تُسْـَٔلُونَ عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ [١٣٤]
 

English translation
( 134 )   That was a nation which has passed on. It will have [the consequence of] what it earned, and you will have what you have earned. And you will not be asked about what they used to do.
 

Malay translation
( 134 )   Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.



Al-Quran Surah Al-Baqarah (Ayat 135)

وَقَالُوا۟ كُونُوا۟ هُودًا أَوْ نَصَـٰرَىٰ تَهْتَدُوا۟ ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَٰهِـۧمَ حَنِيفًۭا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
[١٣٥]


English translation
( 135 )   They say, "Be Jews or Christians [so] you will be guided." Say, "Rather, [we follow] the religion of Abraham, inclining toward truth, and he was not of the polytheists."

Malay translation
( 135 )   Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".

Monday, March 18, 2024

Waktu Sahur yang berkat

 


*Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim (9 : 182) menerangkan,*


*“Pada waktu itu adalah waktu tersebarnya rahmat, banyak permintaan yang diberi dan dikabulkan, dan juga nikmat semakin sempurna kala itu.”*

*(Syarah Shahih Muslim, 9 : 182)*


*Sementara itu, Ibnu Hajar mengatakan,*


*“Doa dan istighfar di waktu sahur adalah diijabahi (dikabulkan).”*

*(Fathul Bari, 3 : 32)*


*Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,*


*“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa kepada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku di setiap malamnya.”*

*(HR. Muslim)*


*Dali-dalil di atas menunjukkan keberkahan waktu sahur yang merupakan sepertiga malam terakhir. Sebagaimana telah kita pahami bersama bahwa waktu sahur atau sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dianjurkan untuk memperbanyak doa dan beristighfar kerana waktu sahur merupakan waktu terkabulnya doa di bulan Ramadhan.*


*Allah SWT pun akan mencintai hamba-Nya yang memperbanyak berdoa pada-Nya. Salah satu tanda Allah sayang pada hamba-Nya yang rajin berdoa pada-Nya adalah memberi bonus berupa ampunan dosa kepada hamba-Nya yang berdosa.*


*Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman yang ertinya,*


*“Wahai manusia, selagi engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, aku mengampuni dosamu dan tidak aku pedulikan lagi dosamu.”*

*(HR. At-Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan shahih)*


*Wallahu'alam 

Tuesday, January 16, 2024

Surah Yaasin - Pengertian setiap ayat


 

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri.

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

 

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

 

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

 

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan ke-dua - Hancur

Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

 

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur."

Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.


Alhamdulillah 🌷