Thursday, May 18, 2023

Al-Quran Surah Ash-Shu'araa (84-111)

 

سورة الشعراء

 English translation of Surah Ash-Shu'araa  


( 84 )   And grant me a reputation of honor among later generations.
( 85 )   And place me among the inheritors of the Garden of Pleasure.
( 86 )   And forgive my father. Indeed, he has been of those astray.
( 87 )   And do not disgrace me on the Day they are [all] resurrected -
( 88 )   The Day when there will not benefit [anyone] wealth or children
( 89 )   But only one who comes to Allah with a sound heart."
( 90 )   And Paradise will be brought near [that Day] to the righteous.
( 91 )   And Hellfire will be brought forth for the deviators,
( 92 )   And it will be said to them, "Where are those you used to worship
( 93 )   Other than Allah? Can they help you or help themselves?"
( 94 )   So they will be overturned into Hellfire, they and the deviators
( 95 )   And the soldiers of Iblees, all together.
( 96 )   They will say while they dispute therein,
( 97 )   "By Allah, we were indeed in manifest error
( 98 )   When we equated you with the Lord of the worlds.
( 99 )   And no one misguided us except the criminals.
( 100 )   So now we have no intercessors
( 101 )   And not a devoted friend.
( 102 )   Then if we only had a return [to the world] and could be of the believers... "
( 103 )   Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.
( 104 )   And indeed, your Lord - He is the Exalted in Might, the Merciful.
( 105 )   The people of Noah denied the messengers
( 106 )   When their brother Noah said to them, "Will you not fear Allah?
( 107 )   Indeed, I am to you a trustworthy messenger.
( 108 )   So fear Allah and obey me.
( 109 )   And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.
( 110 )   So fear Allah and obey me."
( 111 )   They said, "Should we believe you while you are followed by the lowest [class of people]?"

 

(Malay translation)

 

( 84 )   "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
( 85 )   "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
( 86 )   "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
( 87 )   "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
( 88 )   "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
( 89 )   "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
( 90 )   "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
( 91 )   "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
( 92 )   "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
( 93 )   ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
( 94 )   "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
( 95 )   "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
( 96 )   "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
( 97 )   " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
( 98 )   " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
( 99 )   " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
( 100 )   " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
( 101 )   " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
( 102 )   " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
( 103 )   Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
( 104 )   Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
( 105 )   (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
( 106 )   Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
( 107 )   "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
( 108 )   " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
( 109 )   "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
( 110 )   "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
( 111 )   Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
 
Tafsir Ayat 93 : Jalalayn Indonesia
(Selain dari Allah?) selain dari-Nya, yang dimaksud adalah berhala-berhala. (Dapatkah mereka menolong kalian) menolak azab yang akan menimpa diri kalian (atau menolong diri mereka sendiri?") yaitu menyelamatkan diri mereka sendiri dari azab?, tentu saja tidak bisa.

Sunday, May 14, 2023

Menutup aib-aib sahabat oleh AF Ustaz Zahazan

 


(Rujukan buku Keindahan Islam)

Sebelum itu, AF Ustaz Zahazan mengingatkan kita dan mengajak semua agar berpuasa 6 hari di bulan Syawwal. Sekiranya ada jemputan open house dan jika rasa perlu berbuka, berbukalah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri


Juga AF Ustaz membawa sebuah kisah tentang Saidina Umar. Saidina Umar bila terasa beliau menyakiti hati Nabi SAW beliau akan melafazkan

 رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا


Ertinya: Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam agamaku, dan Nabi Muhammad SAW adalah Nabiku”.


Di antara keutamaannya adalah orang yang membiasakan baca zikir ini akan mendapatkan redha Tuhan di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:

مامن عبد مُسلم يَقُول حِين يصبح ثَلَاثًا وَحين يُمْسِي رضيت بِاللَّه ربّاً وبالإِسلام دينا وَبِمُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم نَبيا إِلَّا كَانَ حَقًا على الله أَن يرضيه يَوْم الْقِيَامَة

Ertinya: “Seorang Muslim yang istiqamah bacaan zikir setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali yang berupa

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا 

itu pasti akan mendapat keredhaan Allah sampai hari kiamat nanti.” (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)

Dari Abu Sa'id Al-khudri R.A bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca:

 رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا maka, wajib baginya syurga." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan An Nasa'i.)

Menutup aib-aib sahabat:

Jika ada saudara Islam yang dilihat melakukan dosa, kita wajib menutup aib itu dan tidak menyebarkannya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya

Ramai orang pada hari ni, sampaikan benda yang dia tak pasti. Benda kemungkaran, fahisya.

Maka kita kena bangkit menyebarkan kebaikan. Satu kalimah mampu mengubah ummah.

Kualiti pada Saidina Umar ibarat satu ummah. Kekuatan yang ada pada diri beliau iaitu tak bercerita aib dan hal orang.

Setiap orang ada hak privacy di rumahnya, dia tak boleh di intip kesalahan dan dosanya.

Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan aib orang lain dan janganlah kamu mengumpat (ghibah) sebahagian yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh kerana itu, jauhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat: Ayat 12)


Sesiapa yang cari kesalahan orang lain, Allah akan tunjukkan keaibannya. Sesiapa yang sebarkan aib orang, Allah akan buka aibnya walau dari ditengah rumahnya. Macam ada anak yang umbar, cerita kisah aib keluarga/ibu bapa pada guru-guru di rumah. Mungkin kerana mak ayah suka sebarkan aib orang.

Daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.

Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya

Kisah para solihin, muttaqin dan ulama'. Imam Ahmad Mahdi Bin Rustum Al Isbahani, beliau imam yang kaya. Satu hari beliau balik ke rumah waktu malam, ada wanita muda menunggu di rumahnya. Beliau tanya apa kau buat di sini. Pergilah pulang, waktu ni tak sesuai. Nanti temui aku di masjid ketika kuliah. Boleh bawa fitnah. Wanita tu berkata, dia berhajat, ada hajat sangat besar. Selepas saya cerita saya balik. Saya di aniayai dari sudut seksual dan saya mengandung. Saya cakap pada orang lain tuan gurulah suami saya. Lalu wanita itu terus pulang. Terfikir-terfikir Imam Ahmad, termanggu-manggu sendirian. Beliau beristikharah. Allah beri ilham padanya. Selepas itu ramai orang bertanya padanya. Tuan guru kahwin tak beritahu pun dah ada anak. Dia berkata, saya telah berpisah dengannya. Beliau tak sebut kahwin dengannya, beliau jawab berpisah. Berpisah boleh bawa 2 maksud di sini, Imam Ahmad bertemu dengannya malam tadi, lalu berpisah atau berpisah(bercerai). Imam Ahmad tidak menipu. Terhentilah cerita di situ. Orang bijak ni tak sibuk dengan cerita remeh temeh. Walimah tak digalakkan buat besar-besar. Buat sederhana. Tak boleh sembunyikan sangat, tak boleh war-warkan kalau poligami sebab nak berbangga.


Selepas itu Imam Ahmad pesan pada anak muridnya yang paling rapat, beliau cerita yang beliau tak berkahwin dengannya. Setiap bulan Imam Ahmad meminta anak murid yang paling dipercayai dan hantar wang pada wanita itu 2 dinar. 2 dinar bersamaan RM2000. Beliau berkata aku percaya pada ceritanya bahawa dia di aniayai. Berlalulah tempoh 24 bulan. Sampai berita padanya anak itu sudah mati. Malam itu perempuan itu muncul lagi di rumahnya. Dia berterima kasih kerana selama ini telah menutup aibnya dan beritahu yang dirinya suami kepadanya. Imam Ahmad menafikan. Beliau cuma sebut telah berpisah. Tak sebut berkahwin. Wanita itu bawa sebungkus barang dan beri padanya. Dia pulangkan balik kerana rasa dia telah menganiayai Imam Ahmad. Jawab Imam, aku ikhlas memberikan padamu semasa anak kau masih hidup. Begitulah aku redha untuk memberi padamu. Dosa yang paling besar adalah bercerita hal orang yang kita tak kenal pada dia, tak ada kaitan dengan kita. Ini dosa yang paling besar menurut Imam Ghazali. Bacalah kisah orang soleh agar subur ketaqwaan dan keimanan dalam diri kita.

Bagaimana kita? Beriman tak kita dengan Allah? Memang kita tak mampu buat macam Imam Ahmad ini, tapi sekurang-kurangnya jaga aib orang, jangan sebarkan. Siapa sebarkan aib orang, nanti Allah sebarkan aib yang dia lakukan walau di tengah rumahnya.

Aib orang kena tutup, aib diri sendiri pun kena tutup, jangan cerita kat orang aib(dosa) kita. Jangan sebut pada orang, sebut je dosa apa, semua saya pernah buat. Jangan cerita aib keluarga pada orang.

Kisah Saidina Umar yang di tunggu oleh seorang jemaah setelah selesai solat Subuh berjemaah. Jemaah ni menceritakan semalam, rumahnya di datangi tetamu, di waktu pagi dia dapati lelaki itu bersama anak perempuannya tanpa pakaian. Lalu Saidina Umar marah, jangan cerita aib keluarga kau pada orang. Nanti siapa yang akan kahwin dengannya selepas tahu dia berzina. Jangan buka aib sendiri. Allah tak ampunkan dosa mereka yang membuka aibnya sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.

"Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: "Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" - (Hadis Riwayat Bukhori : 5608).

Para sahabat ada yang bertanya kepada Nabi SAW tentang pasangan mereka. Mereka tak mengumpat, tapi minta fatwa. Dah cerita balik setakat tu sahaja. Janhan cerita sampai tak sudah.

Kalau orang tu buat dosa melibatkan umum, tipu skim.cepat kaya, tipu pakej umrah. Ini boleh kita beritahu pada orang. Kita kena beritahu elak orang di aniayai.

Di zaman Nabi SAW, ada para Muslimah yang menceritakan mereka telah di pinang oleh lelaki tertentu, Nabi SAW memberikan pandangan, jangan terima, dia seorang pemalas, dia lelaki yang zalim. Kalau tak kerja nak bagi makan apa? Maka harus cerita ketika ini.

Boleh bercerita bab aib orang bila:
1. Meminta fatwa, seorang isteri cerita pada mufti/qadhi bagi meminta fatwa/pandangan samada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan.
2. Bila ada orang yang penipu/ambil harta orang
3. Bab syahadah (persaksian di mahkamah) kena cerita, jangan cakap buka aib orang

Ada sahabat seorang yang hafaz Al Quran, lalu dia kembali ke tempatnya. Dia salah faham terhadap ayat Quran.Dia berubah dan minum arak. Semua bercerita tentangnya. Saidina Umar dengar. Lalu Saidina Umar utus surat buatnya. Saidina Umar tulis Surah Al Ghafir dan sampaikan pada sahabat itu di Syria. Melalui orang tengah, surat itu sampai pada sahabat itu. Terkejut sahabat tersebut menerima surat dari Amirul Mukminin. Dalam surat itu, terkandung " Wahai teman, ketahuilah kita akan kembali pada Allah, bacalah ayat ini. Allah Maha Penyayang tetapi Allah juga tegas pada hukumannya, kembalilah kepada Allah. Menangis sahabat itu sehingga basah janggutnya, lalu berubah kembali. Sahabat itu dapati rasa keikhlasan tulisan Saidina Umar. Lalu, ada orang bercerita tentang dosa sahabat ini sebelum berubah, Saidina Umar suruh berhenti. Sudahlah dia sudah berubah, kenapa nak cerita lagi aib dia itu.

Begitulah sifat yang patut ada pada seorang Muslim. Tidak bercerita aib orang dan tidak pula menceritakan aib dirinya sendiri.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan
15 Syawwal 1444H

Sunday, May 7, 2023

Perkongsian Nur Amira Ann Lee Abdullah

 


Hidayah milik Allah SWT. Perkongsian daripada beliau bagaimana menemui Islam.


Thursday, March 10, 2022

Orang yang Ujub, Amalnya di tolak

 


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :


إذا فتح الله عليك في باب قيام الليل؛ فلا تنظر للنائمين نظرة ازدراء.


Jika Allah membukakan untukmu pintu solat malam, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidur dengan pandangan merendahkan!


وإذا فتح الله عليك في باب الصيام؛ فلا تنظر للمفطرين نظرة ازدراء.


Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan!


وإذا فتح الله عليك في باب الجهاد؛ فلا تنظر للقاعدين نظرة ازدراء


Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan!


فرب نائم ومفطر وقاعد؛ أقرب إلى الله منك


Boleh jadi orang yang tidur, orang yang tidak berpuasa, dan orang yang tidak berjihad, dia lebih dekat dengan Allah dibandingkan dirimu.


وإنك أن تبيت نائما وتصبح نادما خير من أن تبيت قائما وتصبح مُعجَبا


Dan sungguh engkau menghabiskan malam dengan tidur dan bangun pagi dalam keadaan menyesal, itu lebih baik dibandingkan engkau menghabiskan malam dengan solat, namun di pagi hari engkau merasa ujub.


فإن المعجب لا يصعد له عمل


Sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak akan ada yang naik (ditolak oleh Allah SWT)



Tuesday, May 26, 2020

Doa Sayyidul Istighfar


Doa Sayyidul Istighfar atau Penghulu Istighfar

Berdoalah ketika pada waktu pagi mudahan jika berlaku kematian sebelum waktu petang maka dia adalah dikalangan ahli Syurga dengan izin Allah SWT. Bacalah pada waktu Asar juga mudahan jika berlaku kematian sebelum keesokan hari, dia adalah dikalangan ahli Syurga dengan izin-Nya. In Sya Allah.  
Membaca sayyidul istighfar memiliki banyak manfaat. Berikut beberapa di antaranya.

1. Masuk Syurga
Dalam hadis yang merupakan lanjutan dari hadis di atas, Rasulullah bersabda

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Ertinya: “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”

Ya, syurga dijanjikan bagi orang yang membaca sayyidul istighfar ini baik di siang hari mahupun malam hari.

2. Diampuni Dosa
Istighfar adalah bacaan yang berharap agar kita diampuni dosa-dosanya oleh Allah SWT atas kesalahan dan khilaf yang terjadi. Bacaan ini menandakan betapa kecilnya kita di hadapan Allah. Kita, manusia, adalah tempatnya khilaf dan salah. Dengan membaca istighfar, kita berharap dosa-dosa kita itu diampuni.

3. Bentuk Syukur atas Nikmat Allah
Dalam bacaan sayyidul istighfar tersebut juga terdapat pengakuan atas nikmat yang diberikan Allah SWT pada kita. Membaca istighfar ini juga merupakan bentuk wujud syukur manusia pada Allah ta’ala.


[kredit kepada semuanyajdt.com]

Saturday, May 23, 2020

Kuliah Tafsir Ustaz Datuk Dr Zahazan

Tafsir ayat Al-Israk 20-22 (Tafsir Ibn Kathir Jilid 5 mukasurat 315)


Sunday, May 10, 2020

MADU VS CINNAMON (Kulit Kayu Manis)


PENDEDAHAN YANG MENGEJUTKAN

*MADU VS CINNAMON (Kulit Kayu Manis), Siapa Pernah Terfikir?*
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan meng''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas, dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis: campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat, ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.


Ini diantara kajian dari saintis barat:
✴ Penyakit Jantung

Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan Kanada, jururawat dipelbagai rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat, madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
✴ Radang Sendi (Arthritis)

Pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap, pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen, mereka mendapati bahawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
✴ Jangkitan Pundi Kencing

Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
✴ Kolesterol

Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol, didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal, madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen (keluhan) terhadap kolesterol.
✴ Selesema

Bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam, dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
✴ Perut Meragam

Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas): kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
✴ Imun Sistem

Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (di mana mengandungi DNA) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
✴ Tak Hadam 

Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
✴ Influenza

Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
✴ Umur Panjang

Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap, mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan, dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam, kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya Allah, umur kita akan panjang)
✴ Sakit Tekak

Apabila tekak rasa tidak selesa, ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
✴ Jerawat

3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya ketika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu, ia akan membuang jerawat dari akarnya.
✴ Jangkitan Kulit

Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam nisbah yang sama pada kulit yang terkesan, akan menyembuhkan ekzema, dan semua jenis jangkitan kulit.


✴ Hilangkan Berat Badan

Pagi, sejam setengah sebelum sarapan pagi dan ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap, ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
✴ Kanser

Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
✴ Lemah

Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. Masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan nisbah yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton, yang menjalankan kajian ini, mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengahari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
✴ Sukar Bernafas

Penduduk di Amerika Selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam, sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
✴ Kurang @ Hilang Pendengaran

Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.