Tuesday, September 22, 2015

Cerita Tentang Botol



Mutiara kata
Botol... ....

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1.....
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8.......
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200.........
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000...........
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yang suka.....

Botol yang sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...
Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Sunday, September 13, 2015

♡Tadabbur Kalamullah 28 Zulkaedah♡



...وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
"...Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" [Surah al-Furqan 29]
#Berkata al-Hafiz Ibn Kathir:
"Sesungguhnya dosa-dosa, maksiat, dan syahwat akan mengecewakan ahlinya ketika nazak, bersama dengan pengecewaan syaitan baginya, lalu berkumpul baginya dua pengecewaan bersama dengsn kelemahan iman, lalu jatuhlah dia dalam suul khatimah (kematian yg buruk)"

#Ketahuilah bahawa suul khatimah tidak terjadi kepada orang yang baik zahir dan batinnya dengan Allah, benar pada perkataan-perkataan dan perbuatannya.

#Sebaliknya suul khatimah terjadi pada orang yang rosak batinnya pada iktikad dan zahirnya pada amalan, orang yang berani melakukan dosa-dosa besar dan jenayah, maka ada kalanya dia melakukan yang demikian lalu didatangi maut sebelum bertaubat

#Sebab utama mati dalam suul khatimah ialah:
1. Kerosakan iktikad
2. Mengejar dunia dan bergantung dengan dunia
3. Tidak istiqamah dan berpaling daripada kebaikan dan hidayah
4. Berterusan dalam maksiat dan terbiasa dengannya serta menyukainya

#Kita sebagai orang yang berakal dan beriman, sepatutnya berwaspada daripada menggantungkan hati dengan sesuatu perkara yg diharamkan. Biasakan lidah dan jari jemari serta anggota berzikir mengingati Allah. Jangan waktu dihabiskan dengan sia-sia atau dengan melakukan maksiat dibimbangi mati dalam kecelakaan tanpa sempat kembali ke pangkal jalan.
♡Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami pada penutupnya, sebaik-baik umur kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah hari pertemuan denganMu..Aamiiin♡

Ust naim

Saturday, September 12, 2015

Seni Bercinta Islami

Sukar Dapat Jodoh

Sukar dapat Jodoh Amalkan baca surah Al-Rom Ayat 21

,br>

Tadabbur Kalamullah 27 Zulkaedah





وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ* إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
"Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)"[Surah Hud 118-119]
#Khilaf (perbezaan pendapat) dikalangan alim ulama' memang suatu realiti dan Allah tlh menentukan perkara yg sedemikian.
#Namun perkara yg perlu diketahui adalah sebab berlakunya ikhtilaf itu. Dgn mengetahui punca tersebut, ia akan menghilangkan rasa pelik atau hairan golongan awam terhadap isu ini.
#Perbezaan berlaku krn berbezanya jiwa dan perasaan manusia, kehendak, kecenderungan, minat dan sbgnya.
#Namun, khilaf yg terjadi bukan dlm perkara usul (asas) agama dan sumbernya yg asli, hanya dlm perkara yg tidak menjadi penghalang kpd penyatuan kaum Muslimin.
#Khilaf yg berlaku asalnya adalah rahmat dan keluasan syariah. Namun ia menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu atau mementingkan diri shj, atau berlaku tanpa mengikut jalan yg dibenarkan oleh syariah. Pd ketika itu, ia bertukar kpd perbalahan, perpecahan dan menimbulkan huru hara di kalangan umat.
#Hayati kisah ini:
"Seorang penulis, Ishak bin Buhlul tlh menulis sebuah kitab, kemudian beliau bertemu dgn Imam Ahmad dan mengatakan: "Kitab ini saya namakan 'Kitab Ikhtilaf'.
Jwb Imam Ahmad: "Jgn kamu namakan kitab ini begiti tetapi namakannya sbg 'Kitab al-Saa'ah (Kelonggaran)'.
Ini menunjukkan kpd kefahaman Imam Ahmad yg begitu mendalam.
#Umar bin Abdul Aziz berkata:
"Sesuatu yg saya tdk suka adalah apabila sahabat2 Rasulullah tdk berikhtilaf dlm sesuatu masalah. Ini krn apabila mereka bersepakat (ijmak) atas sesuatu hukum, orang yg menyalahinya akan dikira sbg mereka yg sesat dan salah. Sdgkan apabila mereka berikhtilaf, maka org ramai akan mengambil pdgn drp sahabat yg berlainan, ini akan menjadikan hukum itu mempunyai keluasan"
Maka inilah yg dikatakan rahmat buat umat Islam.
♡Pilihlah pdgn ulama' yg dirasakan paling tepat dalil dan ijtihadnya (di Malaysia mazhab rasmi ialah mazhab Syafie), namun berlapang dadalah dgn org yg berbeza pdgn dgn kita. Raikanlah selagi mereka tdk bermain2 dan bermudah2 dgn hukum yg blh diijtihadkan♡
🐊Ust naim

Cintai Aku Apa Adanya

Wednesday, September 9, 2015

JODOH DAN PERCERAIAN




Surah At_Talaq: 1-3

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا طَلَّقۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِہِنَّ وَأَحۡصُواْ ٱلۡعِدَّةَ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ رَبَّڪُمۡ‌ۖ لَا تُخۡرِجُوهُنَّ مِنۢ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخۡرُجۡنَ إِلَّآ أَن يَأۡتِينَ بِفَـٰحِشَةٍ۬ مُّبَيِّنَةٍ۬‌ۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَقَدۡ ظَلَمَ نَفۡسَهُ ۥ‌ۚ لَا تَدۡرِى لَعَلَّ ٱللَّهَ يُحۡدِثُ بَعۡدَ ذَٲلِكَ أَمۡرً۬ا (١) فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬ وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ‌ۚ ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢)وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣)


“ Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain) (1)

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) 

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. “ (3)

(Surah At_Talaq: 1-3)

Penceraian berlaku dengan kehendak Allah. Kebanyakan kita memandang penceraian dari sudut banyak keburukkan  pasangan yang bercerai. Sedang terkandung hikmah yang besar disebaliknya dengan ketentuan-Nya. Contoh seperti, Isteri yang dipukul suami, didera atau diperlakukan dengan cara yang tidak wajar mendapat pembelaan agama boleh bercerai. Hikmahnya boleh keluar dari perkahwinan yang memudaratkannya. Begitu juga suami jika si isteri sudah tidak boleh memberikan hak suami seperti yang sewajarnya, penceraian adalah jalan keluar jika rundingan tidak lagi dapat menyelesaikan hubungan suami isteri. Itulah hikmah yang Allah kurniakan.

Para ulama yang mengulas persoalan penceraian perkara halal yang tidak disukai Allah. Adalah kerana penceraian membawa kepada permusuhan, pengabaian anak-anak dek sebab sikap pasangan yang masih bertelingkah walau setelah berpisah.
Lihatlah ayat di atas “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”

Jika manusia mengamati “disuruh bertakwa kepada Allah” adakah bermusuhan, bertelingkahan itu bermaksud takwa kepada Allah. Nah, sudah tentu tidak bukan, hanya menambah dosa. Kerana itu Allah tidak suka. Allah tidak redha tapi Allah izinkan berlaku.

Jodoh (atau maksud lain ialah pasangan) itu adalah RAHSIA ALLAH yang hanya Allah saja yang tahu. Mungkin bertemu jodoh yang lebih baik selepas perpisahan itu. Ingatlah hidup ini senantiasa di uji Allah dengan berbagai masalah kehidupan supaya manusia sentiasa ingat dan beriman kepada Allah.

Ayat Al-Ankabut: 2 bermaksud:

الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)

Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)


Ayat At-Takwir :29 bermaksud

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩)


Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Jodoh itu bukan seperti apa yang kita mahukan tetapi seperti mana yang Allah kehendaki bagi kita. Maha Suci Allah yang telah menentukan segalanya buat hambanya dan makhluknya di langit dan di bumi. Apa yang berlaku kepada kita , kita rasa tidak baik tetapi pada Allah ia adalah baik bagi kita kerana tiada yang tidak baik bagi kita dengan apa yang telah Allah takdirkan, iaitu Qada dan Qadar NYA.


JODOH

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

Ayat Al-Rom:21 bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”


وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)

Ayat An-Nur:32 bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Kehidupan ini telah dijadikan berpasangan oleh Allah SWT, begitu juga manusia. Cumanya jodoh, ada yang Allah cepatkan, ada yang Allah lambatkan dan ada yang Allah tundakan ke hari Akhirat nanti. Terkandung hikmah yang Maha Suci Allah lagi mengetahuinya.

Sekiranya mencari jodoh yang sempurna adalah mustahil kerana manusia tidak pernah sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada yang mencari keserasian atau ‘chemistry’. Sebaliknya, Allah akan menjodohkan orang yang sangat bebeza dengan kita kerana perbezaan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain. Dan inilah yang akan mewarnai kehidupan pasangan apabila saling dapat menerima perbezaan dan kekurangan pasangan. Apabila tidak dapat menerima kekurangan pasangan maka itulah yang menyukarkan mendapat pasangan atau dalam erti kata lain belum sampai jodohnya.  Perbezaan itu menyatukan bukan menyukarkan. Maka terimalah kekurangan pasangan dengan seadanya.

Hakikat apa saja yang berlaku berada di dalam kekuasaan Allah SWT. Jodoh? Berusaha mencari atau tunggu saja? Sudah sunnahtullah hidup di dunia ini mesti berusaha untuk mendapatkannya. Sedangkan  Siti Hajar yang sedang mengandung, Allah menyuruhnya untuk mengoyang pohon kurma (iaitu usaha) untuk mendapatkan buah kurma. (meskipun Allah boleh menurunkan saja dari langit).

Usaha yang perlu di letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'. Usaha mencari mestilah disertakan dengan niat untuk bernikah atau bersedia untuk bernikah kerana usaha berkawan dalam jangkamasa yang lama tanpa sebarang ikatan perkahwinan hanya akan membawa kepada perkara yang buruk iaitu dosa zina. Akhirnya penyesalan yang lebih mengikat perasaan dan jiwa. 

Jika ditanya pasti setiap kita mahukan pasangan yang baik. Sudah pasti kita mahukan mereka yang soleh-solehah. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?

Nah.. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga

FirmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26:

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦)

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Maka, untuk mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya..

kita perhatikan pula hadis Nabi SAW di dalam usaha mencari jodoh. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya
niscaya engkau beruntung.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)

Orang yang mencari jodoh selain rasa cinta dan yang berkenaan dihati biasanya tidak terlepas dari 4 unsur yang telah disebutkan diatas.
  1. Kerana hartanya
  2. Kerana nasabnya/keturunan
  3. Kerana kecantikannya
  4. Kerana agamanya.
Keempat kriteria di atas bukan lah unsur yang wajib ada, kerana semua manusia di dunia ini tidak ada yang sempurna, tetapi 4 kriteria di atas adalah hal-hal pokok yang sangat manusia suka. Dan ke empat unsur di atas adalah hal yang memang ideal. Maka saranan Nabi pilihlah yang beragama nescaya engkau beruntung. Jika keempat-empat pun ada sangatlah beruntung! Begitulah juga bagi wanita dalam memilih jodohnya.

Wallahu’alam


Tuesday, September 8, 2015

Tadabbur Kalamullah 24 Zulkaedah 1436H



♡Tadabbur Kalamullah 24 Zulkaedah 1436H♡

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya"[Surah Fussilat 46]
#Allah menegaskan bhw secara sunnatullah seseorang akan mati dlm kebiasaan dan tabiat hidup yg diamalkannya dan akan dibangkitkan dlm keadaan matinya.

#Rasulullah saw bersabda:
"Setiap org hamba itu akan dibangkitkan dlm keadaan yg dia mati" (HR Muslim)
#Sesiapa yg hidup dan mati dlm ketaatan dan tauhid, akan dibangkitkan kelak dlm ketaatan dan tauhid! Sememangnya perkara ini sgt sukar. Utk beriman agak mudah pd kata2 namun utk beristiqamah selalunya payah pelaksanaannya.
#Utk insan2 yg istiqamah dlm jln agama dan kebenaran Allah memberi kalam semangat:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan"[Surah Hud 112]
#Oleh itu, jgn sesekali lalai drp ketaatan, sentiasalah berpegang dan beristiqamah dgnnya krn kita tdk tahu tarikh mati dan setiap kita akan dibangkitkan dlm keadaan 'penutupnya'. Sesungguhnya hati yg berada dlm tauhid yg benar sentiasa bimbang kpd suul khatimah (mati yg keji).
♡Istiqamah dlm ketaatan punca kebahagiaan dunia dan akhirat♡

Monday, September 7, 2015

Tadabbur Kalamullah 21 Zulkaedah 1436H



♡Tadabbur Kalamullah 21 Zulkaedah 1436H♡
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" [Surah Ali Imran 134]
#Salah satu sifat org bertakwa yg disebutkan dlm ayat ini ialah mampu menahan marah.
#Dlm sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan:
"Tidak ada tegukan yg lebih dicintai Allah drp kemarahan yg ditahan oleh seorang  hamba kerana Allah, kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dgn iman"
#Org yg pemarah akan dimurkai oleh Allah swt. Ketika ditanya kpd Rasulullah: "Apakah yg menjauhkan aku drp kemurkaan Allah? Jwb Nabi saw:"Janganlah kamu marah"? (HR Ahmad)
#Sulaiman bin Shurad menceritakan:"Semasa aku duduk bersama2 Nabi, kelihatan dua org saling mencaci. Lalu salah seorang menjadi maarah dan merah mukanya. Kemudian Nabi bersabda:"Sesungguhnya aku mengetahui ucapan seandainya dia mengucapkannya pastilah hilang marah itu drpnya iaitu:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"Aku berlindung kpd Allah drp godaan syaitan yg terkutuk" [HR al-Bukhari]
#Apabila marah sudah keterlaluan, maka 'matikan' diri. Jgn bergerak, jgn bercakap. Senyap. Sabda Nabi saw:
"Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam". Nabi ulangi ucapan Baginda sbyk 3 kali" (HR Ahmad)
#Rasulullah saw bersabda: "Bukanlah org yg kuat itu org yg selalu menumpaskan org lain, sesungguhnya org yg kuat ialah org yg dpt mengawal diri ketika marah" (HR Bukhari dan Muslim)

#Firman Allah swt:

...وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"...Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"[Surah an-Nur 22]
#Musuh kebijaksanaan ialah sifat marah. Berapa ramai org yg bijak tetapi akhirnya jatuh terhina krn gagal mengawal marah. Sama2 kita berusaha bsungguh2 utk menangani sifat marah kecuali marah yg dibenarkan oleh Islam@ marah bertempat, sesuai tahapnya dan bertepatan dgn masanya.
Cth: Seorang bapa marah anaknya yg tdk solat@ tdk menutup aurat, marah dlm membela kebenaran dan agama, marah dlm mencegah kemungkaran dan perkara2 haram.
#Marah yg dibenarkan itulah marah krn Allah. Marah krn Allah ialah kemarahan disebabkan hak Allah dan RasulNya dilanggar, termasuk jg marah apabila hak2 manusia yg dijamin oleh Allah dipersiakan.
♡Gantilah marah dgn kemaafan. Itulah sifat dan ukuran nilai seseorang yg mengaku beriman kpd Allah swt dan jika ingin marah, marahlah krn Allah♡
-Ust naim

Tadabbur Kalamullah 23 Zulkaedah 1436H


♡Tadabbur Kalamullah 23 Zulkaedah 1436H♡
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Fatir 2]
#Allah adalah Rabb Yang Maha Pemberi Keputusan, Yang Maha Tahu, Yang Membuka perbendaharaan kemurahanNya kpd hamba2 yg taat dan membuka kpd musuh2Nya perkara yg sebaliknya.
#
Dialah yg membuka pintu-pintu kebaikan dunia dan agama bagi hamba2nya, dgn membuka hati2 orang yg dipilihNya yg telah terkunci dgn kelembutan dan perhatianNya. Lalu menghiasi hati mereka dgn pengetahuan tentang ketuhanan dan hakikat keimanan kepadaNya. Semua itu akan memperbaiki/menyempurnakan agama mereka dan menjadikan mereka istiqamah (tetap tegar) di atas jalan yg lurus. 
#
Jom kita hayati kisah penuh pengajaran ini:
Suatu malam di pinggiran kota Kufah, byk berkumpul pemuda2 yg jahat. Dlm kalangan mereka, ada seorang pemuda bernama Zadzan. Dlm keadaan mabuk, ia memetik gitar sambil menyanyi.
Mendengarkan kemerduan suara Zadzan, sahabat Rasulullah saw bernama Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: "Alangkah baiknya jika suara merdu ini digunakan utk membaca al-Quran.
Mendengarkan ucapan itu, hati Zadzan bergetar seketika. Segera ia menghempaskan gitarnya, lalu berlari menemui Abdullah bin Mas'ud r.a. Sambil menangis teresak2 , Zadzan merangkul Abdullah bin Mas'ud. Saat itu jg, dia bertaubat. Kemudian dia belajar al-Quran dgn Abdullah bin Mas'ud. Akhirnya Zadzan menjadi seorang yg alim.
#Allah membuka pintu rahmatNya dan hidayahNya kpd hamba2Nya. Apabila sesuatu perkara itu diputuskan oleh Allah, maka tiada sesiapa yg menyangka dan dpt menghalangnya.
#Maka rahmat, kemuliaan dan kebaikan seluruhnya ada di tangan Allah Azza wa Jalla, Dia membukakan pintu-pintu kebaikan dan memudahkannya bagi siapa yg dikehendaki-Nya.
#Firman Allah swt:
...وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۚ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا ۚ رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
"...Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil/benar) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya" [Surah al-A'raf 89]
♡DIAlah pembuka dan pemberi jalan keluar. Mohonlah kepadaNya sepenuh jiwa, agar seluruh umat dianugerahi rahmat dan petunjuk♡
-Ust naim

Sunday, September 6, 2015

Penting Bentuk Bahasa Dalaman Yang Baik

Telatah Kucing Bermain

Sukan Adik-Adik Tadika Mencuit Hati

Thursday, September 3, 2015

Kucing Kecil Suka Gigit Tangan

Wednesday, September 2, 2015

Bom Lama Diletupkan